Sila Klik Untuk Ke..

Wednesday, September 10, 2008

Berita UPSR


Oleh: puasa

KOTA TINGGI: 10 september. Seramai 41 orang murid tahun enam Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi (SRABKT) sedang mengikuti program Perkampungan UPSR 2008. Program yang julung kalinya diadakan ini bertujuan mengumpulkan murid-murid tahun enam yang sedang menjalani UPSR di dalam satu bumbung sepanjang ujian tersebut berlangsung.

Guru Besar Ustaz Hasidi bin Besah dalam ucapan alu-aluannya pada majlis bacaan yasin dan solat hajat ibubapa sempena UPSR hari ini berkata program ini disusun agar murid-murid dapat sama-sama mengulangkaji pelajaran dengan rakan-rakan selain mendapat perhatian guru-guru matapelajaran masing-masing.

Selain itu, antara acara yang turut diselitkan dalam program tersebut ialah Program Jalinan Kasih dimana ibubapa akan bersolat hajat dan membaca surah yasin secara berjemaah ketika anak-anak mereka menjalani peperiksaan. Pada sebelah malam pula diadakan solat terawih dan solat hajat. Rata-rata ibubapa yang ditemui berkata program ini patut diteruskan kerana ini dapat membantu murid-murid membuat ulangkaji dan merujuk permasalahan kepada guru dalam masa yang sama. Keadaan ini tidak mungkin berlaku di rumah.

Pada tahun ini terdapat seorang murid yang terpaksa menduduki UPSR di hospital kerana demam cikungunya iaitu adik Mohd Haziq bin Othman.

No comments:

Post a Comment