Sila Klik Untuk Ke..

Tuesday, August 4, 2015

Kemasukan ke tahun satu

Permohonan kemasukan ke tahun 1 SRABKT terbuka kepada warganegara Malaysia yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Johor.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat SRAB Kota Tinggi di alamat

Lorong Taib 3
Taman Kota Kecil
81900, Kota Tinggi Johor.

atau di sini

Setiap calon yang memohon diwajibkan untuk menduduki ujian kelayakan kemasukan ke tahun satu yang akan diadakan setiap akhir Julai setiap tahun.


Wednesday, June 17, 2009

MESYUARAT AGONG P.I.B.G KALI KE 10 & ANUGERAH BESTARI

Mesyuarat Agong PIBG Srab Kota Tinggi Kali ke 10 2009 & Majlis Anugerah Bestari 2008 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi

Semua ahli jawatankuasa dan ibu bapa atau penjaga dipersilakan hadir ke majlis tersebut...

Wednesday, September 10, 2008

Berita UPSR


Oleh: puasa

KOTA TINGGI: 10 september. Seramai 41 orang murid tahun enam Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi (SRABKT) sedang mengikuti program Perkampungan UPSR 2008. Program yang julung kalinya diadakan ini bertujuan mengumpulkan murid-murid tahun enam yang sedang menjalani UPSR di dalam satu bumbung sepanjang ujian tersebut berlangsung.

Guru Besar Ustaz Hasidi bin Besah dalam ucapan alu-aluannya pada majlis bacaan yasin dan solat hajat ibubapa sempena UPSR hari ini berkata program ini disusun agar murid-murid dapat sama-sama mengulangkaji pelajaran dengan rakan-rakan selain mendapat perhatian guru-guru matapelajaran masing-masing.

Selain itu, antara acara yang turut diselitkan dalam program tersebut ialah Program Jalinan Kasih dimana ibubapa akan bersolat hajat dan membaca surah yasin secara berjemaah ketika anak-anak mereka menjalani peperiksaan. Pada sebelah malam pula diadakan solat terawih dan solat hajat. Rata-rata ibubapa yang ditemui berkata program ini patut diteruskan kerana ini dapat membantu murid-murid membuat ulangkaji dan merujuk permasalahan kepada guru dalam masa yang sama. Keadaan ini tidak mungkin berlaku di rumah.

Pada tahun ini terdapat seorang murid yang terpaksa menduduki UPSR di hospital kerana demam cikungunya iaitu adik Mohd Haziq bin Othman.

Monday, September 8, 2008

LAGU SEKOLAH

Sekolah ku tercinta dan abadi.. 
Sepanjang tahun teguh berdiri.. 
Dikau bagai penyuluh… ilmu suci… 
Membimbing putra putri pertiwi…….   

Berkekalan hendaknya S.R.A.B.K.T 
Dengarlah seruan dan ikrar kami… 
Menjunjung Islam… agama dituntuti 
Menuju jalan yang diredhai……….   

Empat warna utama lencana… 
Tanda usaha tak kenal asa… 
Membentuk insan… bertaqwa… 
Itulah moto sekolah kita……….   

Majulah sekolah ku doakan 
Dibidang pelajaran dan kesukanan...   
Gerak cergas… bersemangat waja 
Tekun usaha dan jaya (2 x)  

SEKOLAH BERETIKA SRAB KOTA TINGGI

Etika ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU KOTA TINGGI berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia :-    
  • Kerja dengan tekun    
  • Sentiasa mengutamakan amanah    
  • Berfikir secara bijaksana    
  • Niat ikhlas kerana Allah    
  • Sentiasa berdisiplin